Perihal Kami

Persatuan Menembak Johor (JSA) ditubuhkan pada tahun 1966. JSA diasaskan oleh Dr. See Kim Piaw dan rakannya Dr. Ho

JSA didaftar dibawah Pendaftaran Persatuan (ROS) dan pada 25 Jun 1998, JSA didaftar dibawah Akta Pembagunan Sukan 1997, Peraturan-peraturan Pembangunan Sukan (Pendaftaran Badan Sukan) 1998 (Peraturan 6).

Sehingga kini, persatuan masih bergerak aktif dan menjadi tempat latihan menembak untuk atlet-atlet negeri Johor membuat latihan.

Namun begitu, segala fasiliti, penjagaan dan penyelenggaraan bangunan adalah di bawah pengawasan dan tanggungjawab pihak JSA.

Juara Kami

Nurul Syasya Nadiah
Mohd Arifin 

PEMEGANG REKOD BARU SUKAN MENEMBAK DAN PEMENANG PINGAT EMAS ACARA 10 METER AIR PISTOL WOMEN, DI SUKAN SEA 2022, HANOI VIETNAM

Tanpa pengalaman luas, atlet menembak negara Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin mencipta kejutan memenangi pingat emas 10 meter (m) air pistol wanita pada penampilan sulungnya di Sukan SEA. 

Pada aksi final di Pusat Latihan Sukan Hanoi di sini, penembak berusia 20 tahun berasal dari Batu Pahat, Johor itu berjaya menampilkan konsistensi dalam setiap bidikan untuk mengumpul 239.3 mata sekali gus mengatasi pencabar lain.

“Saya berterima kasih kepada jurulatih saya sebab bantu saya sejak awal sampai lah saya dapat pegang emas itu dengan tangan sendiri”.

– Bernama

Ahli Jawatankuasa

2024 – 2026

Persatuan Menembak Johor telah menjalankan Mesyuarat BGM Persatuan Menembak Johor Kali Ke-30 untuk Tahun 2024 – 2026. 

Sia Tiong Seng berjaya dilantik Presiden Persatuan Menembak Johor kali ke-5 untuk terus memimpin and membangun sukan menembak di negeri Johor serta membuat sasaran atlet sukan menembak negeri Johor layak ke Olumpic Los Angeles 2028.

Berita Terkini