
Perihal Kami
Persatuan Menembak Johor (JSA) ditubuhkan pada tahun 1966. JSA diasaskan oleh Dr. See Kim Piaw dan rakannya Dr. Ho.
JSA didaftar dibawah Pendaftaran Persatuan (ROS) dan pada 25 Jun 1998, JSA didaftar dibawah Akta Pembagunan Sukan 1997, Peraturan-peraturan Pembangunan Sukan (Pendaftaran Badan Sukan) 1998 (Peraturan 6).
JSA diiktiraf sebagai badan sukan di bawah seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 yang ditandatangani oleh Dato’ Ahmad Bakri Sharbidin, Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada waktu itu.
Penubuhan Pusat Latihan Menembak Negeri (PLNJ) ini telah dirancang secara bersama pada tahun 2000 dan mula dilaksanakan pembinaannya pada tahun 2001 dengan dibiayai sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negara Malaysia (MSNM) dengan kos berjumlah RM1.2 juta merangkumi pembinaan kompleks bangunan, kerja pendawaian dan pembekalan peralatan elektrik, kerja-kerja landskap dan pecah batu, pembekalan dan pemasangan sistem simulator SCATT yang khusus untuk kegunaan atlit remaja Negeri Johor.
Kerja-kerja pembinaannya telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri dan Daerah dengan dipantau sepenuhnya oleh En Subari Bin Ariffin (ISSF 3269). Pembinaan Kompleks telah siap sepenuhnya pada tahun 2003 dan “Memorandum of Agreement” MSNM dan MSNJ dengan PLNJ telah dimetrai bagi mengatasi sebarang kemungkinan (pentadbiran/pengurusan/tuntutan) di luar jangka. Dengan itu juga, adalah di persetujui bahawa bangunan persatuan menjadi hakmilik MSN (Ruj. Bangunan Binaan JKR-BP 2495), manakala tapak persatuan adalah menjadi hakmilk JSA.
Sehingga kini, persatuan masih bergerak aktif dan menjadi tempat latihan menembak untuk atlet-atlet negeri Johor membuat latihan. Namun begitu, segala fasiliti, penjagaan dan penyelenggaraan bangunan adalah di bawah pengawasan dan tanggungjawab pihak JSA.

Misi Kami
Ahli Jawatankuasa

Persatuan Menembak Johor telah menjalankan Mesyuarat BGM Persatuan Menembak Johor Kali Ke-30 untuk Tahun 2024 – 2026.
Sia Tiong Seng berjaya dilantik Presiden Persatuan Menembak Johor kali ke-5 untuk terus memimpin and membangun sukan menembak di negeri Johor serta membuat sasaran atlet sukan menembak negeri Johor layak ke Olumpic Los Angeles 2028.

Presiden

Timbalan Presiden

Naib Presiden

Naib Presiden

Naib Presiden

Naib Presiden

Naib Presiden


Bendahari Kehormat

Pengurus Lapang Sasar

Timbalan Pengurus
Lapang Sasar

Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa

DATO EDDIE
NG HING LOI
Auditor Kehormat

MOHD HATTA
MOHAMED ALI
Auditor Kehormat
Senarai Ahli Kehormat
- En Lim Wan Sia
- YB Datuk Seri Mohamed Khaled Bin Nordin
- YB Datuk IR. Haji Hasni Bin Mohammad
- YB Dato’ Zulkurnain Bin Hj Kamisan
- Dato’ Sri Lim Poh Kok
- En How Kim Sia
- YB Datuk Mohamad Najib Bin Samuri
- YB Mohd Fared Bin Mohd Khalid
- YB Gan Peck Cheng
- YB Datuk Dr Sahruddin Bin Jamal
- YAB Datuk Mohd Rashid Bin Hasnon
- YB Datuk Hj Ahmad Bin Hj Maslan
- YB Dato’ Seri Ir Dr Wee Ka Siong
- YB Datuk Haji Samsolbari Bin Jamali
- YB Tn Haji Aminolhuda Bin Haji Hassan
- YB Tn Haji IR Khairuddin Bin A Rahim
- YB Mohd Khuzzan Bin Abu Bakar
- Tan Sri Dato Chua Soi Lek
- Datuk Abdul Aziz Bin Kaprawi
- Dato’ Tee Siew Kiong
- Datuk Dr Hj. Mohd Puad Bin Zarkashi
- Dato Chua Meng Hwa
- Dato Chua Meng Huat
- Dato Seow Chau Pen
- Dato Tay Heng San
- YDH CP Datuk Ketua Polis Johor
- YDH ACP Ismail Bin Dollah (Ketua Polis Daerah Batu Pahat)
- YDH Ketua Perlesenan Johor
- SAC Azhan Bin Abdul Halim, (Mantan Ketua Polis Daerah Batu Pahat)
- ACP Abdul Wahib Bin Musa, (Mantan Ketua Polis Daerah Batu Pahat)
- SAC Din Bin Ahmad, (Mantan Ketua Polis Daerah Batu Pahat)
- Hj. Abdul Wahab Bin Ridhwan